BLOG INI FIRA YANG PUNYAAA!!!!!

Selasa, 22 Jun 2010

Cerita pasal 'Bihun SUP utara' versi fira....

Semalam i told my hubby tetiba jer tekak nih teringin nak makan bihun sup...oh ya sila ambik perhatian bihun sup utara okeh...buatan sendiri.....

So...pagi2 lagi dah kejutkan anak2 mandi pakai baju gi antar mereka kat umah pengasuh then pi beli daging...eh kaki lembu....sekaki dan limpa sikit plus lemak...kekkekekeee...siap ko nak makan punyer pasal...my hubby lak selesema so ok la jugak buat sup nih..bole dia minum...tapi kena la buang lemak2 dulu b4 dia minum....(terbanyangkan kalau dia makan kaki) ....dia kurang suka la.....tapi kalau ekor lembu paling suka....

So selepas berjaya mencari bahan2(yang best nya kaki lembu tu siap dibakar dan dibuang tapak dan di potong2 maka slagi senanglah kerja2 ku itu...)cuma harus di cuci dan direndam dgn garam,tepung ,cuka sikit....then lepas itu tooskan.maka terus ku rebus ...i told my hubby tutup api bila dah masak lebih kurang 3 ke 4 jam lagu tuh...sampai empuk..so that bila kang aku balik kul 1 pm bole la i teruskan usahah ku itu...cadang nak goreng bawang....buat sendiri lagik...pastu bancuh serbuk cili then masukkan cuba tumis sedikit....pastu lak rendam bihun with kunyit then masak air...pi mandi kejap..lepas mandi  pakai baju then ambik air panas siram kat bihun tadi...bihun jenis eka ni sgt lembut tak payah dan nak masak...hanya siram jer....kalau nak buat bihun S'pore lagi la sila jgn rebus @ siram air panas dia akan lembik..i dah buat petang semalam....semasa ipar duai datang..nasib baik buat mee kuning sama....bole la cover sikit....ok la sambung pasai bihun sup nih....so i panaskan lagi kuah sebab nak lembutkan lagi kaki lembu...so paang nih lepas ambik anak2 kami sekeluarga akan makan bihun sup utara nih....sekian,,,ada pic untuk tatapan...fid & Linda..kalau hampa baca sila jgn terlioq okeh....
ini adalah resepi dia..:
BIHUN SUP UTARA

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang ( 3 orang makan) dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut babat/muda
300 gm paru
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Masukkan daun pandan bersama akar untuk mewangikan kuah dan melembutkan daging
2. Tos daging perut dan paru dan dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Nota: Lebih sedap jika dimasukkan tulang gear box atau tulang rusuk untuk mengeluarkan sum sum tulang.

SELAMAT MENCUBA.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan